#DuluSukoDulu #Trobek #2012 Zaman ni yang dirisaukan hanyalah cara untuk menawan hati dan minat mad'u. Tiada masa langsung dan terdetik untuk ke hulu ke hilir bersama kuda hebat, unta sehat waima buroq jadian. Diangkat seketika ini untuk berkongsi aliran fahaman pinjaman dengan golongan ilmuwan yang tinggi kedudukan mereka. Apa yang dilantunkan hanyalah ulangsiar logik jalan hidup golongan golongan yang kisah agamanya hanya di lapik asas. Jenama dibicara langsung tiada sehina jenama jentera besi buatan manusia. Apa yang dipeduli tidak seremeh berapa nilai matawang dunia membeli seketul kenaikan penerus perjalanan jalan raya. Kenangan berusrah dengan mereka sehingga lupa hadir ke sini menunggang apa. Sahihnya bukan menunggang agama. Yang pasti perkhidmatan e-hailing juga masih belum wujud kisah ovum dan spermanya. Ulama untuk dimulia. Jauh sekali dipersenda. Adab bicara pengukur akhlak kita. Dilahir gampang atau dibesarkan jiwa. Demi masa. https://www.instagram.com/p/B7dwGAnpDhS/?igshid=ty1c2l8jzw8z










