"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Rwayat Bukhari & Muslim) Riak : buat amal dengan niat nak tunjuk kat orang. Ujub : berasa pelik/hairan/takjub dengan diri sendiri. Sum'ah : kita berasa nak orang sebut-sebut kebaikkan/amalan yang kita lakukan. Hubbu Riasah : kasih pada nak jadi ketua/nak ada pangkat. Hubbu tho'am : kasih pada makan/makan banyak. Hubbu khita' : kasih pada berkata-kata/banyak cakap. Hubbu masyhur : kasih pada terkenal/suka dikenali orang ramai. Hasad dengki : berharap kebaikkan/kelebihan yang ada pada orang lain dapat kepada dia atau hilang terus daripada orang lain itu. Hubbu Dunia : kasih pada dunia & takutkan mati kerana akan berpisah dengan dunia yang ia kasihi. termasuk dalam kata dunia itu adalah harta, wanita, pangkat & sebagainya. Diantara penyakit-penyakit hati. Riak & Ujub adalah pemusnah kepada amal kebaikkan yang kita lakukan. hati-hati, kadang kita dah berasa kita dah buat kebaikkan, dah beramal. Tapi sebenarnya dok. amal kita tu tak dipandang langsung di sisi Tuhan. Malah, ditolak & tak diterima langsung. makna kata, apa pun tak dapat, pahala pun tak dapat. bahkan kebaikkan yang dilakukan itu bukan sahaja tidak mendapat pahala, malah berdosa di sisiNya. hati-hatilah moga Allah pelihara diri kita dari segala sifat-sifat ni. Wallahu Taala a'lam. - Al Kitab / Guru / Mu'alim - #thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #dakwahsentap #muslim #muhasabah #tarbiahsentap #akudaie #akunakpesan #twt_insta #ikutcarakita #my_genggua #hakhada #pahalaproject #prayforpantaitimur










